Powered By Blogger

Thursday, March 20, 2008

jokes for today...

Pada suatu hari Si Asan pergi sekolah seperti biasa, tapi hari tu ada pereksa bahasa inggeris, Si Asan ni memang tak reti apa B Ing., jadi semasa pereksa tu Asan main hentam sahaja, baik nasib soalan objektif, ada A,B,C bolehlah nak hentam hentam.Cara Asan hentam biasa la, lambung buah dadu, memang dia dah standby buah dadu awal awal lagi dalam poket. Cikgu tak kata apa, dia dah kenal perangai Asan yang suka baling buah dadu.Seperti biasa dan seperti pelajar lain jugak, selepas 15 minit kebanyakan pelajar dah siap, maksudnya siap hentam la tu, jadi ada yang melukis, ada yang termenung dan macam-macam lagi. Tapi si Asan ni dia bantai tidor kat meja tu.

Cikgu yang jaga pereksa tu pun malas nak layan atau nak gerak, dah memang budak-budak tu tak reti nak buat.Tapi tiba-tiba, kira-kira lagi 15 minit sebelum pepereksaan nak tamat, Asan cepat-cepat bangun, dikeluarkannya semula buah dadu, dicampakkan dadu keatas meja, lihat kertas jawapan, ada yang dipadam, ada yang tak, berulang-ulang kali dia buat macam tu. Cikgu pun naik heran, dia pun menghampiri Asan dan tanya,Cikgu: Awak buat apa tu Asan?Asan: Mak cakap, kalau dah habis jawab pereksakena check semula, takut salah ke?Cikgu: Check pakai buah dadu????Asan : Ia lah, kan saya buat pun pakai buah dadu!Cikgu : ????????????????????????

No comments: